Unauthorized Use of Company Information and Logo

Current Known Unauthorized Websites (Updated as of 8th July 2024)
– thatsit.live
– thatsit.pro

Date : 8th July 2024

Dear Clients and Associates,

It has come to our attention that unauthorized individuals and groups have been using our company’s logo and information on several WhatsApp and Telegram group chats without our consent or authorization. These individuals and/or groups have also been circulating screenshots of an ACRA search on our company as alleged proof of their association with us.

We wish to clarify that such claims by these individuals and groups that they are affiliated and/or authorised and/or otherwise connected with us are categorically false. We wish to make it unequivocally clear that our company has no affiliation with these groups or their members whatsoever.

We are deeply concerned that these unauthorized groups may be using our identity to conduct scams or other inappropriate and/or unlawful activities. We urge anyone approached by these individuals or groups to be cautious and to verify any communication or representation purportedly from our company through official channels only.

We have taken measures to report these incidents to the relevant authorities, to take necessary action against these individuals and to protect our clients and the public from potential scams.

If anyone becomes aware of any suspicious activities or communications claiming to be from our company, we strongly encourage you to report such incidents to us so that we may take appropriate actions. For any verification or concerns, please contact us directly through our official contact details listed on this website.

We are committed to protecting our clients and the public from fraud and misrepresentation and will continue to take all necessary actions to safeguard our reputation and integrity.

Thank you for your understanding and cooperation.

Sincerely,
For and on behalf of That’s Infotech Pte Ltd

Dr. Joel Shee, PMP
Director of That’s Infotech Pte Ltd

Penggunaan Tanpa Kebenaran Berkenaan Maklumat dan Logo Syarikat

Kepada Pelanggan-pelanggan dan Rakan-rakan sekalian,

Kami telah dimaklumkan bahawa terdapat individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang telah menggunakan logo dan maklumat syarikat kami dalam beberapa kumpulan sembang WhatsApp dan Telegram tanpa izin atau kebenaran kami. Individu-individu dan/atau kumpulan-kumpulan tersebut juga telah mengedarkan tangkapan skrin carian ACRA mengenai syarikat kami sebagai bukti dakwaan hubungan mereka dengan kami.

Kami ingin menjelaskan bahawa dakwaan individu-individu dan kumpulan-kumpulan tersebut bahawa mereka mempunyai hubungan dengan kami dan/atau diberi kuasa oleh kami dan/atau berkaitan dengan kami adalah sama sekali palsu. Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa syarikat kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan-kumpulan tersebut atau ahli-ahli mereka.

Kami amat bimbang bahawa kumpulan-kumpulan yang tidak diizinkan dan/atau tidak diberi kebenaran oleh kami mungkin menggunakan identiti kami untuk menjalankan ‘scam’ atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak sesuai dan/atau yang menyalahi undang-undang. Kami menggesa sesiapa yang didekati oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan tersebut supaya berhati-hati dan mengesahkan sebarang komunikasi atau perwakilan yang didakwa daripada syarikat kami melalui saluran rasmi sahaja.

Kami telah mengambil langkah-langkah untuk melaporkan insiden-insiden tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan, untuk mengambil tindakan yang diperlukan terhadap individu-individu tersebut dan untuk melindungi pelanggan kami dan orang awam daripada kemungkinan ‘scam’.

Jika sesiapa menyedari sebarang aktiviti atau komunikasi yang mencurigakan yang didakwa berasal daripada syarikat kami, kami amat menggalakkan anda melaporkan insiden tersebut kepada kami supaya kami dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Untuk sebarang pengesahan atau kebimbangan, sila hubungi kami secara langsung melalui maklumat hubungan rasmi yang disenaraikan di laman web ini.

Kami bertekad untuk melindungi pelanggan-pelanggan kami dan orang awam daripada penipuan dan salah nyata serta akan terus mengambil segala tindakan yang diperlukan untuk menjaga reputasi dan integriti kami.

Terima kasih atas pemahaman dan kerjasama anda.

Yang benar,
Untuk dan bagi pihak That’s Infotech Pte Ltd

Dr. Joel Shee, PMP
Director of That’s Infotech Pte Ltd